KAWAN




Kawan/rakan/teman/sahabat/member/friend/rakan karib - atau apa jua panggilan yg kita panggil insan itu. Aku terfikir sejenak apabila seorang follower seinstagram buat instastory yg bernukilan kan seorang kawan.
Aku terfikir ayat yg dikatakan;

"aku taknak ada bestfriend, cukup ada orang yg berguna disamping aku." 

Begitulah kata-katanya yg membuat aku berfikir, flashback apa yg terjadi dalam pahit manis kehidupan aku.
Ada betul juga apa yg dia katakan. Apa guna seorang 'kawan' jika seperti biskut? Sedangkan kawan biasa malah yg bukan rapat pun ada guna untuk diri kita dikala senang dan susah?
Apa yg terjadi tatkala hubungan 'Kawan' a.k.a friendship pada masa silam aku bukanlah sesuatu yg malang dan meminta simpati. Dari pengalaman itu juga aku belajar apa itu erti 'kawan'. 
Jika hanya kita sahaja menepuk sebelah tangan bukan kah itu memenatkan? Sama juga dengan situasi ini. Jika hanya kita sahaja yg cuba untuk kekalkan sesuatu ikatan/ukhwah bukankah itu hanya useless semata-mata?
Sampai rasa apa yg kita usahakan atau effort selama ini orang tak nampak kita perlu membuat pilihan sama ada untuk lebih berusaha kekalkan ATAU berdiam dan makan hati ATAU bersikap malas ingin ambil tahu ATAU pilihan yg tersiksa iaitu pergi. Pergi pula boleh membawa kepada dua iaitu pergi dan masih kekalkan hubungan ataupun pergi dan move on.

Pilihlah yg mana-mana yg dapat menyenangkan hati, rasa, jiwa. Sebab itulah dalam makna berkawan itu perlulah ada keikhlasan, bukan untuk menjadikan kita seorang 'optional'.  
Berkawan itu juga bukan dinilai melalui bermula dari childhood, sekolah atau dimana sahaja but yg ada guna dan disamping kita itulah yg dinilai.

Atau ayat daripada bahasa omputeh juga betul iaitu quality over quantity.

QUALITY? Apa kita cari dalam kualiti seorang kawan itu? Fikirkan, nilai dan tepuk dada tanya selera.

Kerana selain keluarga yg merupakan orang yg paling penting dalam hidup dan dikala susah senang, seorang kawan juga sangat diperlukan untuk menjadi seorang yg berguna untuk kita sepanjang zaman. Other than that, our friend's' are our family too right?
Terima kasih kepada kawan yg pernah hadir menyerikan lagi memori zaman silam, zaman hingusan yg dikongsi bersama-sama. Bila di-throwback memang sangat indah tapi keperitan itu menyiksa batin.
Terima kasih juga kepada yg masih ada dan setia disamping diri ini. Terima kasih juga yg hadir seperti biskut. Sesungguhnya biskut yg berperisakan chocolate chip itu sangat sedap.
Terima kasih atas semua pengalaman yg mengajar aku lebih tentang erti 'kawan'
Jadi, kawan baik ATAU kawan yg berguna?

End of Semester 1




Salam & Hi guys!

It's been 5 month i'm not blogging anything. Tapi tu semua bukan benda baru buat sab yg jenis malas nak bukak blog haha! Sedar tak sedar selama 5 bulan tak online blog ni sab dah habis pengajian untuk penggal/semester 1. 

Alhamdulillah everything went well in STPM penggal 1 examination november ago eventhough nak melaluinya sangat berliku-liku huhuhu *fake laugh*

Another 2 weeks left untuk berfoya-foya dan bermalas-malasan sebab habis je cuti kena hadap buku everyday, hadap homework, kerja khusus, exam. I guess next year will be the tough year to me?

I'm not promise akan update blog  even one post a month but i'll try. But, don't worry sab masih aktif. Still baca chat korang dekat cbox.

Thank you to those yg still blogwalking and follow blog sab! I appreciate it ❤ *send virtual hug. Ada masa sab blogwalking balik.

Kalini sab nak belanja gambar masa penggal 1 okay? ;)

Members of L6K5 #Classmates #Coursemate



Another class pics








K5 girls with cikgu kelas and MUET's teacher.


During raya celebration. Rumah Terbuka Aidilfitri #kt6pj




Hari Pengguna






A week before STPM exam.

Orientasi Form 6 PART 2




Salam and Hi guys!
First of all, maaf atas kelewetan untuk update entry ni sebab menunggu video group sab berzumba daripada cameraman college tak dapat-dapat. By the way, siapa yg terlepas part 1 punya just click this LINK. Alhamdulillah everything went well this week sebab best! Dalam sedar tak sedar tamatlah sudah minggu orientasi tingkatan enam bawah bagi sesi 2017. I will miss all this memories! Next week dah start pembelajaran and study pulun!
For minggu ke-2 ni pun ada juga taklimat tapi tak sepadat last week. Boleh dikatakan minggu ini memang semua have fun!
Day 5 [ 8/5/2017 ]
Seperti sekolah-sekolah yg lain, hari Isnin merupakan hari rasmi/perhimpunan pada awal pagi. So this is our first time berhimpun, dengar cikgu-cikgu berucap and bla bla bla ~~~ Habis je perhimpunan, kami digerakkan ke bilik seminar untuk Psikometrik kerjaya untuk kali kedua ( untuk mengetahui adakah kita ialah Realistik, Artistik atau lain-lain ) ---- REHAT!! ---- Bagi pelajar jurusan sains, dorang kena pergi ke bilik yg lain untuk taklimat mata pelajaran Math, Kimia, Biology dan Fizik. Kami yg jurusan kemanusiaan ni perlulah menahan mata untuk dengar ceramah daripada sis youtuber; Aqilah Naqlis ( kenal tak?! ) yg merupakan anak kepada cikgu yg mengajar kat kolej ni jugak! Tajuknya GROOMING a.k.a penampilan diri. Bagi lelaki segar bugar mata mereka sebab sis ni cantik tapi kami yg perempuan ni tunggu masa nak tidur yg lena/balik je hahah!
About 12.:30 p.m, semua pelajar dah berkumpul balik dalam bilik seminar untuk taklimat terakhir iaitu taklimat MUET ( Malaysian University English Test ) dan taklimat mata pelajaran Literature in English.
Kebanyakan pelajar stayback untuk practise zumba keesokannya. Syukurlah step group sab senang dan semuanya cepat pickup, boleh lah balik awal hehe. Tapi sampai je rumah, bukak baju tudung semua tido! hahah.
Day 6 [ 9/5/2017 ]
Hari yg dinantikan telah tiba! yeah Zumba! Lepas je tulis kedatangan semua berkumpul di dataran untuk memulakan pertandingan. Actually, cikgu perlu memberi penerangan tentang perbezaan antara zumba, aerobik tapi kami kesuntukan masa since kami semua ada 12 group yg terdiri daripada 15 hingga 17 orang dalam satu group! So kami teruskan dengan persembahan daripada group yg pertama. *group sab dapat giliran last sekali.



Lepas zumba be like *Random selfie. 

Lupa pulak nak perkenalkan ahli group sab iaitu CEKODOKUKUS, kebanyakannya semua dari sekolah lama sab tapi ada lah dalam 5 orang yg sekolah lain. Girls: Me, Fatihah, Anis, Zai, Wani, Atika, Min, Shahirah, Nabilah, Amiera, Wanie II, Ayuni dan Saiyidah. Boys; Naim, Nain, Zarul dan Haziq. ( macam biasa lelaki memang bilangannya pupus huhu )



Cekodokukus!

*Maaf tiada full video. Ini adalah sedikit short video yg someone recordkan. Kita orang mix dua lagu iaitu 24K Magic by Bruno Mars and Bang Bang Bang by Bigbang. Enjoy gila-gila even lambat or tersalah step sikit huhu.






Pemenang zumba berkumpulan akan diumumkan pada hari terakhir penutupan orientasi iaitu pada hari Jumaat 12/5/2017.

Habis je zumba kena masuk dalam bilik seminar balik untuk program apa entah, tak ingat pulak huhu (jadual orientasi dah hilang) *tried my best to ingat. ---- REHAT!! ---- Taklimat seterusnya mengenai mata pelajaran Sejarah, Ekonomi dan Sains Sukan. Bagi melengkapkan majlis pada hari itu, ada program SEDAR daripada siapa entah abang tu yg bekerja bahagian ni. Haha actually beliau menerangkan bahawa bahayanya nyamuk ni!

Day 7 [ 11/5/2017 ]

Pagi kami dimulai dengan zumba yayy! Semua sporting+layan je. Dalam pukul 9:00 macam tu dah habis, take 5 dulu then berkumpul balik dekat dataran untuk game seterusnya. Kalau nak menang kita orang kena cari dan snap gambar jentik-jentik *pelik je. Seems impossible right? tapi ada je yg berjaya tangkap gambar. Sekejap je game ni dijalankan. Time ni semua dah boleh tengok kelas sendiri for the first time. Kena susun/asingkan kerusi mengikut kelas masing-masing. 



lepas cari jentik-jentik be like haha. 

Guess what? Kelas sab dekat tingkat 4?! hahah nasib ada lift kalau rosak bayangkan lah kena naik tangga everyday. Kalini masa rehat agak berlainan berbanding hari-hari yg lepas. Rehat kalini diuruskan oleh akak abang daripada Majlis Pelajar Tingkatan 6 (MPTE) So korang akan dilayan dengan penuh kasih sayang daripada senior-senior haha! Dah habis mengisi perut, masuk balik ke bilik seminar untuk program seterusnya daripada ahli MPTE.

Akak-akak MPTE buat satu game yg dipanggil 'teka tajuk movie' BUT orang yg akan buat gimik tu hanya boleh menggerakkan badan je tak boleh bercakap. So best lah, takda lah kami mengantuk lepas makan ayam masak merah! haha. Lepastu, penerangan tentang Organisasi, ahli-ahli MPTE dan offer untuk masuk Lembaga ni. Akhir sekali, ada program 'Health and Environment' daripada salah seorang akak siswa yg dah graduate dalam course tu.

Day 8 [ 12/5/2017 ]

Hari last day kami berorientasi. Program sebelum rehat ni sab tak ingat sangat lah, yg ingat hanya lah kita orang kena naik kelas lagi sekali untuk susun/asing meja pulak ---- REHAT!! ---- Time ni lah berdebar-debar&excited nak tahu pemenang jom sihat ZUMBA ni, mula-mula ada slide show tentang aktiviti yg kitaorang lakukan sepanjang orientasi ini. Memang gempak gila slide dorang, lagu pun kena! Sab bagi ibu jari! Then ucapan dari cikgu yg menguruskan program orientasi, pengulu&penghulu wati. Baru lah penguguman pemenang Zumba.




Tempat ketiga bagi pertandingan Zumba adalah group A! Tempat kedua pula adalah group B! Masa ni dah macam kalah menang adat permainan lah, semuanya best-best. Then, cikgu macam suruh teka group mana yg menang tempat pertama? .............. group CEKODOKUKUS!! bila dengar je nama group kitaorang menang tempat pertama, semua menjerit sorak ha engko! Lalu kami ke pentas untuk penyampaian medal dan tangkap gambar bersama pengetua.



Our medal! 

Baki masa yg tinggal hanyalah setengah jam sebelum balik, kita orang kena naik kelas lagi sekali untuk pengurusan kelas bersama guru kelas. Masa ni lah nak kenal-kenal dengan classmates baru. Dan ini merupakan first time sab dapat kelas 1 Malaysia which is ada malay, chinese and indian. Ramai pulak tu ada dalam 35 orang! dah limit dah rasanya bagi setiap kelas sebab ramai huhu.
Tak lengkap suatu kebanggaan tanpa selfie. haha! Kami group cekodokukus berkumpul dekat dataran nak tangkap gambar sebelum balik.



#cekodokukus #satujanganturun 

We got only 1 day to practise and yeah we nailed it! Good job guys!

Maka tamatlah sudah entry untuk PART 2 ni, lepasni tak boleh nak enjoy selalu. Apa yg sab nak share kat sini adalah even korang tengah tunggu upu ke matriks ke apa grab this experience berorientasi! Sangat best, dapat kenalan baru, pendedahan tentang form 6. Ini just pendapat sab sahaja ye, kalau yg bekerja tu just go on jelah, Setiap orang rezeki masing-masing kan.

Feel free to share your experienced, tips, books or anything about form 6 at comment! x

P/S : got 2 presentation for next week and also homeworks -_- nak rest!

Orientasi Form 6 PART 1




Salam and Hi!
Finally I am officially a pre-u student!




Alhamdulillah setelah 4 bulan berfoya-foya and berada di awang-awangan, Sab membuat keputusan untuk sambung pengajian ke Form 6 atau kata lain Tingkatan 6. Ada tak antara se-batch dengan sab or akak akak abang abang ambil form 6 angkat tangan?! *kita geng. As you all known, hari pendaftaran form 6 telah dijalankan pada hari selasa yg lalu iaitu 2/5/2017.

So entry for this week, Sab akan ceritakan sikit experience berorientasi di KT6PJ (Kolej Tingkatan 6 Petaling Jaya). Actually orientasi dekat kolej Sab ni berlangsung selama 2 minggu *mak oii lamanya (depends sekolah/kolej lain punya program) Let's go through for 1st week programmes!


Day 1 [ 2/5/2017 ]

Macam biasa awal-awal pagi dah bangun, tak tahu lah nak rasa happy ke or memang no feeling langsung haha. Dalam pukul 8:30 pagi, sab and family bergerak ke KT6PJ untuk pendaftaran. (thankyou ibu ayah sebab apply cuti&support akak ♥) Sesudah sampai je dekat sekolah, kawasan foyer (it's kinda like dewan terbuka) sekolah telah dibanjiri oleh lautan manusia daripada pelbagai bangsa dan kaum.

Apa yg menariknya hidup di era moden ni, pendaftaran pelajar dilakukan dengan menggunakan QR Code Reader! Dah selesai isi online barulah beratur di barisan jurusan kemanusiaan/sains sosial untuk membuat pengesahan salinan fotostet and yuran pendaftaran. ( oh for your information sab dapat jurusan tu) For my college, yuran dikenakan sebanyak RM 100 sahaja. Dapat je resit pembayaran terus pergi ke meja yg lagi satu untuk ambil buku nota dan sebagainya.

Dah settle bayaran pa semua kena pergi ke bilik tangkap gambar for kad pelajar. Masa ni lah girls boleh make up sikit-sikit or boys letak pomade ke hehe. Then barulah pergi ke bilik seminar untuk taklimat orientasi seterusnya. Ibu bapa pulak diarahkan ke bilik yg lain untuk dengar taklimat ibu bapa.

After that, taklimat pemilihan pakej mata pelajaran. Lagi sekali pendaftaran pakej menggunakan QR Code Reader! *maju ya hengko. For those yg tertanya-tanya course apa yg sab ambik, Sab ambil pakej kelas K5 yg terdiri daripada mata pelajaran Pengajian Am, P.Perniagaan, Sejarah, Ekonomi dan MUET. So Im officially a part of 6BK5 or english nya L6K5 :)) ----- Masa pun sudah menunjukkan pukul 12:30 pm, slot seterusnya mengenai Taklimat Peperiksaan STPM dan balik! yeyyyyyy!

*Apa yg pros nya cikgu-cikgu kat sini kan, dia orang kalau dah habis bagi ceramah memang on time! But yg cons pulak, sementara nak tunggu dia orang habis tu masa jadi lambat pulak hahah.



Day 2 [ 3/5/2017 ]

Back to school again when you have to wake up earlier! Dalam pukul 7:00 pagi, sab gerak ke college. Sesudah sampai, semua pelajar 6 bawah berkumpul di dataran untuk perhimpunan tak rasmi and penyusunan kelas masing-masing. To be honest, dalam kelas sab, sorang je yg sab kenal xD It's okay kita kena jadi independent *bersikap matang gitchuww.

Bila dah semua orang duduk dan dapat kelas masing-masing, kitaorang diarahkan pergi ke bilik seminar untuk taklimat Hal Ehwal Murid pulak sampai pukul 10.00 pagi *kebas punggung dok lelama weh haha ---- REHAT!! ---- Tak banyak aktiviti hari tu, just taklimat daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan taklimat kokurikulum.


Day 3 [ 4/5/2017 ]

As usual, dah sampai sekolah terus pergi bilik seminar untuk ambil kedatangan then pergi ke foyer! I admit it hari ini baru rasa ceria+ best ada aktiviti. Aktiviti pertama ialah Ice-breaking yg dikendalikan oleh senior-senior daripada Lembaga Pemimpin Muda Sukan. Best lah jugak even kitaorang semua sendu je hahah. Kitaorang diperkenalkan tepuk semangat gaya KT6PJ dan tepuk apa entah lagi satu *lupa. Then aerobik!

Dah warm up semua, kitaorang kena buat kumpulan berdasarkan statement yg akak abang senior cakap. Part ni pun best jugak sebab dapat kawan baru, buat nama group+gaya group sama-sama. Yg paling lawak nama group sab, group "Cekodok Kukus" xD Dah diperkenalkan semua group, we all still in the same group untill the end of orientation plus next week kitaorang ada pertandingan Zumba berkumpulan! haha but ya we still in practise (nantikan post next week!) hehe.

About 9:00 am, semua masuk bilik seminar balik untuk pengurusan disiplin. Time ni semua focus je even mengantuk macam mana sekali pun ---- REHAT!! ---- Dari rehat sampai balik semua taklimat. First program selepas rehat ialah Taklimat mata pelajaran Perakaunan dan P.Peniagaan, diikuti dengan taklimat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Program SEDAR.


Day 4 [ 5/5/2017 ]

Program selepas 7:30 am dimulakan dengan memperkenalkan lagu kolej dan lagu satu malaysia yg akan dinyanyikan semasa assembly&Semarak PJ. Baru segar sikit pagi-pagi haha! Dalam pukul 9:00 am, ada taklimat Pusat Sumber Sekolah then sis-sis the librarian akan bawak kitaorang ke library tour. I was impressed that our college's library ada 2 tingkat! like WOWW.... dah puas tawaf masuk bilik seminar balik to tunggu arahan seterusnya drpd cikgu ---- REHAT!! ---- lepas je rehat ada taklimat mata pelajaran Pengajian Am dan psikometrik inventori kerjaya.



my partner in crime: Teha ♥ 
That's all the activities and program yg telah dijalankan sepanjang minggu ini. I don't know why even orientasi, sab rasa penat ya amat. Balik je dari sekolah tido! hahah. In shaa Allah next friday or saturday i will post for part 2 okay? Stay tune! ✿


P/S : Feel free to share your experienced, tips, books or anything about form 6 at comment! x