Selamat Tinggal Sayangku

12/03/2016 04:34:00 pm Unknown 2 Comments





Assalamualaikum and Hi!


16:30 p.m, Rabu, 30 November 2016 – Itulah hembusan nafas terakhirmu, itulah hari terakhir kau menetap didunia yg fana ini. Aku sedih, tanpa kata dan ucapan lalu kau pergi tinggalkan keluarga kita.

Tanggal 31 haribulan Ogos 2012, Aku lah bidan untuk kelahiranmu disaat hening sunyi malam bertemankan lampu pendaflour dan diikuti ngauman bunga api aku sambut kau dari ibumu. Gembira tak terkata, pada masa yang sama hati kecilku tercuit kerana kecomelanmu mencari dan kehausan puting ibumu. Begitu juga adik-beradikmu. Bangga kau dilahirkan sebagai anak kucing Merdeka!

Kami sekeluarga sebulat suara menamakan kau “Raymond Hakimi”, sungguh mainstream dan ‘omputeh’ untuk seekor kucing. Kehadiranmu dan adik-beradik lain memecahkan sunyi dalam rumah, mana tidaknya barang-barang pun kau bedal. Namun, selang bertahun kita menghadapi kesempitan ekonomi. Kami terpaksa memisahkan kau dari adik-beradikmu dan memilih 3 daripada 20 ekor kucing. Jadi tinggallah kau, Ashlan dan Ronan.

Kita bahagia, berkongsi suka duka, mengharungi liku-liku kehidupan bersama-sama. Wah, sudah masuk 4 tahun kita sebumbung begitu juga rupa kau yang berbekalkan lemak lebihan diperut serta handsome sekarang. Kau bukan macam kucing lain yang sibuk mencari pasangan diluar, kadang aku pelik dan hairan adakah benar kau ni jantan sejati a.k.a Hero Gadis-Gadis? Hahah. Apa yang kau selalu buat hanyalah terperap dirumah sebab kau takut dengan dunia luar yang kejam. Hobi kau suka ‘meow meow’ dengan penuh riak dan kuat, kadang suara rock pun keluar tak kira pagi petang malam. Kau anak manja intan payung pujaan ibu sebab kau selalu cari ibu bila balik kerja. Tak sangka kucing juga ada perasaan cemburu, itulah kau. Bila Ronan si Bongsu bermanja dengan ibu kau juga mahu, mungkin sebab itu kau tak suka Ronan sampai ada peluang nak bergaduh haha.


Namun, keperitan kau bermula apabila dapat mengetahui kau punya penyakit batu karang. Ibu juga bekas pesakit batu karang 6 tahun sebelum ini. Memang kau anak ibu betul. Kesian dan pedih melihat kau tak boleh kencing, bertenggek mana-mana tempat untuk kencing sampai berdarah. Kami risau tetapi tidak mampu membiayai perubatan kau. Aku suka spirit kau untuk terus hidup hingga sekarang.


Pada 30 November 2016, aku tiba dirumah pukul 4:10 p.m selepas habis peperiksaan Ekonomi. Aku tercari-cari tempat kau bersembunyi dari cahaya mentari terang. Aku dapati kau berehat dibawah Kabinet dapur. Aku terus keluarkan kau untuk aku timang dan sayang, siapa sangka kau akan berehat untuk selama-lamanya. Aku panggil namamu dan tidak dapat menahan air mata, badan kau terasa sejuk. Kau meminta-minta nafas, lalu aku usap dan luah pilu dihati.

“Masanya dah sampai. Raymond dah cukup kuat untuk hidup ni, berehatlah dan makanlah apa sahaja dekat syurga Allah.”

Mataku berkaca. Aku menangis tidak henti, mataku merah, aku cuba untuk tahan kesedihan ini. Lalu aku baluti kau dengan surat khabar, aku whatsapp ibu ayah tentang khabar yang kurang enak ini. Aku biarkan kau didapur dan aku terus buat kerjaku. Menjelang malam sebelum tidur, aku kenang kenangan kita bersama, seolah bagaikan mimpi dan aku sambung menangis diteman Ashlan sehingga keesokan paginya mataku sembab berupa panda.
Akulah yang pertama menyambut kau lahir dan akulah yang pertama melihat kau menghembuskan nafas terakhir didepan mata.

Akak redha dengan pemergian Raymond, maafkan akak kalau terpukul, buli dan suka kacau Raymond. Kami halalkan makan minum tempat tinggal dan kesan parut cakaran kau. Akak nak Raymond tahu akak sentiasa rindu dan sayang Raymond macam adik sendiri. Tunggu kami di syurga ya?



In memory 31/08/2012 - 30/11/2016
“It’s been a long day without you my friend”– Charlie Puth

p/s : Walaupun dia seekor kucing, kita sebagai sebahagian keluarga dia berhak untuk mengalirkan air mata bagai air terjun :). cuba untuk tak menitiskan air mata masa menaip huhu ;'))

2 Alien's:

welcome back sis and goodluck for your result In Shaa Allah <3

// @ Shaidatul Aireen thankyou so much sis! ;))