Short Vacay: Bagan Lalang

3/09/2017 04:34:00 pm Unknown 2 Comments




Salam and Hi!

Event dah berabad lepas tapi baru sekarang baru dapat writing passion, hehe. So today sab nak story pasal vacation selama 2 hari 1 malam pada 14-15 hari bulan January yg lepas. Ini bukan bukan family day ke apa tapi ni event Meet & Greet Team Haiza and Aepul GladiatorSab rasa bertuah sebab ibu offer untuk join sekali, so kami pergi berdua je.

Lebih kurang 100 orang yg join benda ni dan rata-ratanya semua kawan ibu.

Day 1

Lebih kurang dalam pukul 5:30 pagi kami gerak naik kereta, at first sab pelik kenapa nak gerak awal sangat? Lepas dah sampai dalam pukul 8:00 pagi baru sab paham, jauh dia boleh pergi PD or Melaka? haha (rupanya selangor ni besar juga ya). Sesudah sampai, kitaorang diagihkan baju khas untuk event tu.


a lil bit kecewa sebab tak dapat mandi pantai uhukk uhukk

This part is my mom's fav, Zumba! Bagi cerdas sikit badan ni kan, kita datang sini nak happy hu ha. Sab takdalah tangkap gambar yg 'detail' sebab masatu tak terfikir nak post dekat blog. So lepastu breakfast, just typical warong style food je. Dah hadam semua makanan kami gerak ke pantai Bagan Lalang untuk memulakan acara like bola beracun, rantai panjang, futsal, tarik pelepah kelapa, lari sambil kaki terikat. Memang happening and best! sab pun turut ambil bahagian jugak ( itupun ibu suruh -,- ) Dok syok sana sini muka tangan pulak burn! Adoi nasib sekarang dah pulih sikit hahah!


Sab pun terselit sekali dekat baris ketiga tu *wink

Agak penat jugak walaupun tak ambil semua bahagian, lol. Habis je semua permainan, sesi penyampaian hadiah and tangkap gambar bersama artis dan pihak drpd Berita Harian! ( kemain semua nak muka masuk newspaper punya pasal ) Dah settle semua it's time to lunch and take a break sampai pukul 8 malam, masatu lah boleh jenjalan, tangkap gambar, rehat, shopping or TIDUR zz. Sab dengan ibu jenjalan pantai dengan tengah laut ( masatu air surut ) + angin syahdu yg membelai tudung ala-ala dilwale janam janam! haha. Dah puas kitaorang balik ke homestay Bagan Villa, Bagan Lalang, rehat-rehat jap pastu ibu kena practice nyanyi sebab dia masuk competition.




posing jap

Dalam pukul 8:30 malam macam tu, event untuk malam tu pun start. Makan malam dia sangatlah sedap and oh ya lupa, tema malam tu adalah pantai. Santai dan relaks. Maka bermula lah competition duo karaoke yg terdiri drpd 5 kumpulan. We enjoy so much time and follow sekali nyanyi. Selesai duo karaoke, perfomance dripd Haiza and Aepul + kumpulan drama band. Belum habis lagi, masa untuk penyampaian hadiah pemenang duo karaoke, pakaian terbaik and cabutan bertuah, yang penting semua yg join semua dapat hadiah. Dah sampai penghujung acara dalam pukul 11:30 p.m, tangkap gambar sekali lagi dan lepastu balik ke homestay masing-masing, tidurlah pendek kata.


Keratan akhbar Berita Harian 


keratan surat khabar Berita Harian! 


Keratan akhbar dari Metro! (low quality pic) 
Day 2

Fuh, bangun je pagi pukul 8:00 angin dari luar and kesejukan aircond menyapa tubuh kitaorang. Dia punya tak tahan tu sampai tak mandi sejuknya! hahah. Kami pun bersiap-siap lah nak balik, packing baju hadiah semua pastu breakfast. Apa yg specialnya breakfast kalini, kitaorang dihidangkan seafood, Lala fresh dari laut! fuhh *terliur tak? Boleh dikatakan breakfast paling sedap lah.

Dah habis makan, gossip, borak-borak kitaorang pun nak balik dah. Paling emotional kat sini ibu, katanya ni special moment lah haha. Apa lagi dalam kereta kita tidur lah! --- About 11:45 a.m akhirnya kitaorang sampai ke rumahku syurgaku, penat+happy+muka burn. Unpack semua barang and goodies then tidur balik hahaha.


Antara goodies yg kami dapat. Bak kata ibu "yg kalah pun dapat hadiah banyak" huhuhu.

p/s : Itulah experience sab ikut ibu join event ni. Suddenly i miss pantai.

2 Alien's:

wow. best la akak baca ni sab.
especially aktiviti tarik upeh tu.
cute!
kecik2 boleh la ditarik hi hi hi...

// @adianiez AIDA memang best kak aida dapat join, mostly yg duduk kecik je tapi lepas dah sampai checkpoint kena tukar orang pulak. HAHAH memandangkan yg tarik tu orang besar main cheat jelah hehe.