SPM Result's Day

3/18/2017 09:06:00 pm Sabrina Natasha 2 Comments




Salam and Hi readers!

16/3/2017 merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM 2016 setelah menunggu dengan perasaan nervous selama 3 bulan. And the day has come! Keperitan menunggu ni tak terasa sampai harinya tiba, to be honest sab pernah mimpi result 2 kali tapi tidak diketahui grednya. Sab masih relax dan sehari sebelum hari result keluar, tipulah korang boleh tidur lena malam tu haha! Selagi result belum dapat selagi tu lah kita berdoa and terus berdoa.

Finally pagi tu subuh-subuh dah bangun, zikirlah apa yg patut huhu. So sab dengan member dah decided nak keluar pukul 9:50 pagi macam tu ( orang kata kalau datang lambat A habis xD ) tapi dah pukul 9 still tak prepare baju, tudung nak digosok plus tak mandi yet haha! ----- Dah sampai sekolah kitaorang tak boleh masuk lagi, so kita sembang+gossip lah sikit sebab dah lama tak jumpa kan. Dalam pukul 10 lebih macam tu baru boleh masuk. 

Hanya Allah je tahu perasaan kitaorang masatu, bagai nak tercabut jantung ni dup dap dup dap. Then dah sampai Arena Juara ( tempat berkumpul ) kitaorang beratur lah ikut class. Sebab terikut perasaan nervous tu semua orang taknak jadi orang pertama ambik result haha! Taknak buang masa kena lah faced jugak benda tu. Ada yg menangis but mostly menangis kegembiraan lah. Tiba turn sab, kitaorang diagihkan majalah sekolah and sijil-sijil dulu then cikgu bagi slip result, sab hanya tengok sekilas je pastu sign kehadiran. Sab jauhkan diri sikit dari kawan sebab nak tengok result hehe.

Alhamdulillah, walaupun tak seperti yg ditargetkan tapi sab bersyukur ada juga 'A' dan semua lulus+ada kredit. Muka sab memang takda reaction apa-apa sebab sab seorang yg steady haha! And barulah bincang-bincang pasal result dengan kawan tapi takdalah nak tanya semua orang, kalau dorang rela untuk share result dorang takpe tapi kena lah juga jaga perasaan+privacy mereka kan. Tak lengkap suatu event kalau tak selfie! haha.




Half of BRVANGERS 





With our cikgu sastera, Cikgu Rosha! ♥ Congrats Aish nanti dapat adik baru hehe ;) 
Terima kasih semua cikgu dari darjah 1 sampai tingkatan 5 ni yg telah mengajar sab dan terima sab sebagai student. Jasamu akan ku kenang dan tersemat dalam memori! pastu takda apa nak buat kat sekolah kitaorang decided nak lepak jap sebelum balik ke rumah masing-masing. Dapat juga lepaskan rindu.
Allah dah susun cantik-cantik kehidupan kita
Congrats kepada pelajar-pelajar yg memperoleh keputusan yg cemerlang! Kepada yg tidak secermelang itu dan tidak mencapai target sendiri takpe, SPM is just a beginning! Allah bagi apa yg kita perlu bukan yg kita nak, ingat tu. Rezeki ada dimana-mana dan luas!

Alhamdulillah juga sebab walaupun result yg sedang-sedang, ibu ayah terima dengan gembira and memberikan kata-kata semangat kepada anaknya yg lemah! haha. Takpe, akak akan buktikan di lain hari tak kira lah di Uni/Poli/KT6 yg akak boleh berjaya macam orang lain. Kita dah buat sehabis baik, hanya redha dan tawakal je.

p/s: Looking forward for UPU. My new life just begin! Goodluck korang for your future! Teruskan perjuangan.

2 Alien's:

congrates awak :)

Nabila Syifa said...

Teruskan perjalanan n perjuangan sbb kejayaan tak mengenal usia. Pasti jaya!