Orientasi Form 6 PART 2

5/20/2017 04:18:00 pm Sabrina Natasha 0 Comments




Salam and Hi guys!
First of all, maaf atas kelewetan untuk update entry ni sebab menunggu video group sab berzumba daripada cameraman college tak dapat-dapat. By the way, siapa yg terlepas part 1 punya just click this LINK. Alhamdulillah everything went well this week sebab best! Dalam sedar tak sedar tamatlah sudah minggu orientasi tingkatan enam bawah bagi sesi 2017. I will miss all this memories! Next week dah start pembelajaran and study pulun!
For minggu ke-2 ni pun ada juga taklimat tapi tak sepadat last week. Boleh dikatakan minggu ini memang semua have fun!
Day 5 [ 8/5/2017 ]
Seperti sekolah-sekolah yg lain, hari Isnin merupakan hari rasmi/perhimpunan pada awal pagi. So this is our first time berhimpun, dengar cikgu-cikgu berucap and bla bla bla ~~~ Habis je perhimpunan, kami digerakkan ke bilik seminar untuk Psikometrik kerjaya untuk kali kedua ( untuk mengetahui adakah kita ialah Realistik, Artistik atau lain-lain ) ---- REHAT!! ---- Bagi pelajar jurusan sains, dorang kena pergi ke bilik yg lain untuk taklimat mata pelajaran Math, Kimia, Biology dan Fizik. Kami yg jurusan kemanusiaan ni perlulah menahan mata untuk dengar ceramah daripada sis youtuber; Aqilah Naqlis ( kenal tak?! ) yg merupakan anak kepada cikgu yg mengajar kat kolej ni jugak! Tajuknya GROOMING a.k.a penampilan diri. Bagi lelaki segar bugar mata mereka sebab sis ni cantik tapi kami yg perempuan ni tunggu masa nak tidur yg lena/balik je hahah!
About 12.:30 p.m, semua pelajar dah berkumpul balik dalam bilik seminar untuk taklimat terakhir iaitu taklimat MUET ( Malaysian University English Test ) dan taklimat mata pelajaran Literature in English.
Kebanyakan pelajar stayback untuk practise zumba keesokannya. Syukurlah step group sab senang dan semuanya cepat pickup, boleh lah balik awal hehe. Tapi sampai je rumah, bukak baju tudung semua tido! hahah.
Day 6 [ 9/5/2017 ]
Hari yg dinantikan telah tiba! yeah Zumba! Lepas je tulis kedatangan semua berkumpul di dataran untuk memulakan pertandingan. Actually, cikgu perlu memberi penerangan tentang perbezaan antara zumba, aerobik tapi kami kesuntukan masa since kami semua ada 12 group yg terdiri daripada 15 hingga 17 orang dalam satu group! So kami teruskan dengan persembahan daripada group yg pertama. *group sab dapat giliran last sekali.



Lepas zumba be like *Random selfie. 

Lupa pulak nak perkenalkan ahli group sab iaitu CEKODOKUKUS, kebanyakannya semua dari sekolah lama sab tapi ada lah dalam 5 orang yg sekolah lain. Girls: Me, Fatihah, Anis, Zai, Wani, Atika, Min, Shahirah, Nabilah, Amiera, Wanie II, Ayuni dan Saiyidah. Boys; Naim, Nain, Zarul dan Haziq. ( macam biasa lelaki memang bilangannya pupus huhu )



Cekodokukus!

*Maaf tiada full video. Ini adalah sedikit short video yg someone recordkan. Kita orang mix dua lagu iaitu 24K Magic by Bruno Mars and Bang Bang Bang by Bigbang. Enjoy gila-gila even lambat or tersalah step sikit huhu.


video


video


Pemenang zumba berkumpulan akan diumumkan pada hari terakhir penutupan orientasi iaitu pada hari Jumaat 12/5/2017.

Habis je zumba kena masuk dalam bilik seminar balik untuk program apa entah, tak ingat pulak huhu (jadual orientasi dah hilang) *tried my best to ingat. ---- REHAT!! ---- Taklimat seterusnya mengenai mata pelajaran Sejarah, Ekonomi dan Sains Sukan. Bagi melengkapkan majlis pada hari itu, ada program SEDAR daripada siapa entah abang tu yg bekerja bahagian ni. Haha actually beliau menerangkan bahawa bahayanya nyamuk ni!

Day 7 [ 11/5/2017 ]

Pagi kami dimulai dengan zumba yayy! Semua sporting+layan je. Dalam pukul 9:00 macam tu dah habis, take 5 dulu then berkumpul balik dekat dataran untuk game seterusnya. Kalau nak menang kita orang kena cari dan snap gambar jentik-jentik *pelik je. Seems impossible right? tapi ada je yg berjaya tangkap gambar. Sekejap je game ni dijalankan. Time ni semua dah boleh tengok kelas sendiri for the first time. Kena susun/asingkan kerusi mengikut kelas masing-masing. 



lepas cari jentik-jentik be like haha. 

Guess what? Kelas sab dekat tingkat 4?! hahah nasib ada lift kalau rosak bayangkan lah kena naik tangga everyday. Kalini masa rehat agak berlainan berbanding hari-hari yg lepas. Rehat kalini diuruskan oleh akak abang daripada Majlis Pelajar Tingkatan 6 (MPTE) So korang akan dilayan dengan penuh kasih sayang daripada senior-senior haha! Dah habis mengisi perut, masuk balik ke bilik seminar untuk program seterusnya daripada ahli MPTE.

Akak-akak MPTE buat satu game yg dipanggil 'teka tajuk movie' BUT orang yg akan buat gimik tu hanya boleh menggerakkan badan je tak boleh bercakap. So best lah, takda lah kami mengantuk lepas makan ayam masak merah! haha. Lepastu, penerangan tentang Organisasi, ahli-ahli MPTE dan offer untuk masuk Lembaga ni. Akhir sekali, ada program 'Health and Environment' daripada salah seorang akak siswa yg dah graduate dalam course tu.

Day 8 [ 12/5/2017 ]

Hari last day kami berorientasi. Program sebelum rehat ni sab tak ingat sangat lah, yg ingat hanya lah kita orang kena naik kelas lagi sekali untuk susun/asing meja pulak ---- REHAT!! ---- Time ni lah berdebar-debar&excited nak tahu pemenang jom sihat ZUMBA ni, mula-mula ada slide show tentang aktiviti yg kitaorang lakukan sepanjang orientasi ini. Memang gempak gila slide dorang, lagu pun kena! Sab bagi ibu jari! Then ucapan dari cikgu yg menguruskan program orientasi, pengulu&penghulu wati. Baru lah penguguman pemenang Zumba.




Tempat ketiga bagi pertandingan Zumba adalah group A! Tempat kedua pula adalah group B! Masa ni dah macam kalah menang adat permainan lah, semuanya best-best. Then, cikgu macam suruh teka group mana yg menang tempat pertama? .............. group CEKODOKUKUS!! bila dengar je nama group kitaorang menang tempat pertama, semua menjerit sorak ha engko! Lalu kami ke pentas untuk penyampaian medal dan tangkap gambar bersama pengetua.



Our medal! 

Baki masa yg tinggal hanyalah setengah jam sebelum balik, kita orang kena naik kelas lagi sekali untuk pengurusan kelas bersama guru kelas. Masa ni lah nak kenal-kenal dengan classmates baru. Dan ini merupakan first time sab dapat kelas 1 Malaysia which is ada malay, chinese and indian. Ramai pulak tu ada dalam 35 orang! dah limit dah rasanya bagi setiap kelas sebab ramai huhu.
Tak lengkap suatu kebanggaan tanpa selfie. haha! Kami group cekodokukus berkumpul dekat dataran nak tangkap gambar sebelum balik.



#cekodokukus #satujanganturun 

We got only 1 day to practise and yeah we nailed it! Good job guys!

Maka tamatlah sudah entry untuk PART 2 ni, lepasni tak boleh nak enjoy selalu. Apa yg sab nak share kat sini adalah even korang tengah tunggu upu ke matriks ke apa grab this experience berorientasi! Sangat best, dapat kenalan baru, pendedahan tentang form 6. Ini just pendapat sab sahaja ye, kalau yg bekerja tu just go on jelah, Setiap orang rezeki masing-masing kan.

Feel free to share your experienced, tips, books or anything about form 6 at comment! x

P/S : got 2 presentation for next week and also homeworks -_- nak rest!

0 Alien's: