KAWAN

1/18/2018 11:09:00 pm Sabrina Natasha 1 Comments




Kawan/rakan/teman/sahabat/member/friend/rakan karib - atau apa jua panggilan yg kita panggil insan itu. Aku terfikir sejenak apabila seorang follower seinstagram buat instastory yg bernukilan kan seorang kawan.
Aku terfikir ayat yg dikatakan;

"aku taknak ada bestfriend, cukup ada orang yg berguna disamping aku." 

Begitulah kata-katanya yg membuat aku berfikir, flashback apa yg terjadi dalam pahit manis kehidupan aku.
Ada betul juga apa yg dia katakan. Apa guna seorang 'kawan' jika seperti biskut? Sedangkan kawan biasa malah yg bukan rapat pun ada guna untuk diri kita dikala senang dan susah?
Apa yg terjadi tatkala hubungan 'Kawan' a.k.a friendship pada masa silam aku bukanlah sesuatu yg malang dan meminta simpati. Dari pengalaman itu juga aku belajar apa itu erti 'kawan'. 
Jika hanya kita sahaja menepuk sebelah tangan bukan kah itu memenatkan? Sama juga dengan situasi ini. Jika hanya kita sahaja yg cuba untuk kekalkan sesuatu ikatan/ukhwah bukankah itu hanya useless semata-mata?
Sampai rasa apa yg kita usahakan atau effort selama ini orang tak nampak kita perlu membuat pilihan sama ada untuk lebih berusaha kekalkan ATAU berdiam dan makan hati ATAU bersikap malas ingin ambil tahu ATAU pilihan yg tersiksa iaitu pergi. Pergi pula boleh membawa kepada dua iaitu pergi dan masih kekalkan hubungan ataupun pergi dan move on.

Pilihlah yg mana-mana yg dapat menyenangkan hati, rasa, jiwa. Sebab itulah dalam makna berkawan itu perlulah ada keikhlasan, bukan untuk menjadikan kita seorang 'optional'.  
Berkawan itu juga bukan dinilai melalui bermula dari childhood, sekolah atau dimana sahaja but yg ada guna dan disamping kita itulah yg dinilai.

Atau ayat daripada bahasa omputeh juga betul iaitu quality over quantity.

QUALITY? Apa kita cari dalam kualiti seorang kawan itu? Fikirkan, nilai dan tepuk dada tanya selera.

Kerana selain keluarga yg merupakan orang yg paling penting dalam hidup dan dikala susah senang, seorang kawan juga sangat diperlukan untuk menjadi seorang yg berguna untuk kita sepanjang zaman. Other than that, our friend's' are our family too right?
Terima kasih kepada kawan yg pernah hadir menyerikan lagi memori zaman silam, zaman hingusan yg dikongsi bersama-sama. Bila di-throwback memang sangat indah tapi keperitan itu menyiksa batin.
Terima kasih juga kepada yg masih ada dan setia disamping diri ini. Terima kasih juga yg hadir seperti biskut. Sesungguhnya biskut yg berperisakan chocolate chip itu sangat sedap.
Terima kasih atas semua pengalaman yg mengajar aku lebih tentang erti 'kawan'
Jadi, kawan baik ATAU kawan yg berguna?

1 Alien's:

Raydah said...

i agreed with you. felt the same